♥ pengikut setia ♥

Tuesday, October 11, 2011

Behave Yourself Please !

Sedapnya tubuh ini dibelai tilam yang empuk serta selimut yang gebu dan juga bantal yang setia menemani . Huh lena tidur ku ditambah lagi cuaca yang sejuk kerana hujan turun tampa henti . Rahmat namanya tuh sampaikan terlajak tidur . Nasib lah mak tak ada kat rumah . Kalau tidak huh nasib telinga lah kene bebel sampai ke malam --' . Eh eh niat dihati nak sidai baju tapi apakan daya , hujan turun 2 hari berturut turut . Alamak habis lah berkepam baju baju tuh . Atoii so ape lagi alang alang dh tak leh nak sidai baju mood rajin saya pon terbang lah entah ke mana . Kesimpulannya hari ini duduk goyang kaki macam mem besar ! *mentang mentang mak tak ada boleh lah rilek sakan awak ye <-- ini namanya amek kesempatan . Sila jangan contohi . Harap maklum .



Eh saya bukan pemalas tau . Sesungguhnya saya seorang yang sangat rajin . Hari ni je saya amik cuti rehat . Tolong lah percaya , i'm bagging you .

Hari ni nak cerita , tentang orang disekeliling sama ada kenal or tak . Tapi saya agak pelik dengan mereka mereka ini sume . Mereka mengharap kan respon positive daripada orang lain sedangkan mereka sendiri tak pernah bagi respon positive kat orang lain . So , macam mana kamu mahu mendapat respon positive dari orang lain sedang kan you never give a good respon to them . Like this words " what goes around comes around " is very suit to those people like this .

Sebagai contoh , ok dalam perhatian saya , apabila kita mahu membayar bil kenapa mereka mereka di kaunter tu susah sangat mahu senyum ? Kalau ade pon alahaiii ciput nye . Bukan susah sangat pon nak senyum right . Just lebar kan mulut sampai nampak gigi *ok kalau sampai nampak gigi tu dah over beno lah senyum nye . Buat orang takut ada lah . Just smile normally will do you know . Susah ke ? Tak kan . Pastu pandai lak nak merungut cakap pelanggan ini lah itu lah . Pelanggan tak bagi kerjasama lah . Pelangan sombong lah . Pikir awak sorang je penat . Hei hello cek kak or cek bang oii . Kiteorang ni pon penat gak tau . Dah lah penat balik kerja pastu terkejar kejar nak bayar bil then bila sampai penuh nak duduk kene diri . Bila sampai turn je alahai ketat nya muka cik adik manis ni . Tak salah tahu kalau awak senyum . Dengan senyuman tu boleh wat orang disekeliling awak pon happy .  So sebelom kita cakap orang lain itu ini , why not we all behave ourself * nasihat untuk diri sendiri jugak .

Contoh kedua , kita selalu kalau pergi jalan jalan and at that time confirm sesak dengan manusia manusia yang berpusu pusu nak membeli belah . Maklumlah nafsu manusia nak bershopping just like me haha . Ok mase kita jalan jalan tu ofcourse selalu terlanggar bahu orang lain right ? Tapi perasaan tak ada segelintiir manusia yang sanggat bongkak dan sombong dan mereka akan berkata " buta apa nak langgar langgar " atau " mata kau letak mane hah ? " pehh pehh . Berdesing telinga kalau dengarkan . Rasa macam nak bagi buku lima je kan kat si A.R.R.O.G.A.N.T tuh . Punya lah baik kita tayang muke suci senyum bagai nak rak kat die and cakap SORRY , tapi itu yang kita dapat . Wahh beruntuh *lah sangat . Kecik hati tahu bila tetibe kene herdik dengan orang yang entah sapa sape je kita pon tak kenal . So , conclusion kita sama sama kena behave diri masing masing baru lah hidup kat dunia ni aman je . Tak de lah gaduh gaduh or maki hamun .

Tapi ingat ! Kita kene renung diri kita juga mane tahu dulu dulu or masa dulu * sama je maksudnya , kita pernah buat orang mcam tu ke so dunia ni actually berpusing balik je . Kita buat orang kita kene balik . Baru hidup ni fair and lovely gitu . Ingat lah Allah itu maha adil . Seperti mana ayat saya diatas what goes around comes around !


Sekian sahaja berita yang disampaikan oleh saya Sheera Nasir . Berita akan disambung bila empunya belog rajin . Seperti yang tuan puan tahu di sini kawasan Kampung Melayu Majidee JB telah hujan non stop dari pagi sampai petang sampai malam dan saya Sheera Nasir mahu keluar sebentar untuk membayar bil Broadband Celcom *kalau tak bayar nanti tak dapat lah nak online . Makin rindu lah nanti kamu dan kamu kamu kamu kat saya nanti kan *Ok perasan sudah . Bila pikir pasal bayar bil terinagt pulak pasal my MOMMY money will be dissappear just like every month *dah tu dok hadap internet 24 jam mana tak nye duit hilang .


Lagak macam bayar bil pakai duit sendiri je . Hampeh haha .

2 comments: