♥ pengikut setia ♥

Sunday, December 25, 2011

Be greatful for what we have :)

Assalamualaikum :)


Jam 12.02 am . Mata belom mengantuk , jadi saya ni dok gatal tangan lah nak menyemak-nyemak masuk blog saya ni . Sekali tengak hah ! Amek kau , berlambak orang kat chat box tak dilayan . Err sesungguhnya saya amat sesali dan memohon maaf kerana sudah lama mengabaikan hak layanan korang *amboi "hak layanan" --> tak boleh blah . boo booo ! Err maap , sungguh-sungguh mintak maap . Kali ni ikhlas dari lubuk hati saya yang suci lag murni ni and tak de BOO BOO nye *nampak tak ? Nampak tak keikhlasan saya (nada merayu ) ehee .

Ok kembali ke pangkal jalan and takde lagi selok belok kiri kanan straight je ok . Saya ulangi ! STRAIGHT !  Berbalik pada tetamu jemputan saya iaitu err anda anda di chat box ! Ye kamu ! Firstly thanks lah sebab menyukai info yang saya share kan . Tiada niat lain selain merapu . Eh tak tak silap , ulang tayang , tiada niat lain selain ingin berkongsi pendapat itu sahaja . Tak salah kan kita sebagai manusia jika ingin berkongsi idea kan kan betol kan kan . Sapa setuju angkat tangan yei yei angkat tangan yei yei . Fuyohh ramai tu . Terima kasih para hadirin yang dihormati , sesungguhnya saya ingin berbangga sekejap disini . Boleh kan please pleaseeeee *nada merayu uhuk .

Oh oh ye sebelom terlupa , kepada kamu dan kamu dan kamu kamu kamu . Hye hye you you harap maklum bahawasanya saya istiharkan yang saya saaangaaatt laaaaa jaranggggg on99999 beeeloglogglogg atas beberapa sebab .

1) Saya masih menuntu di ipt so masa saya sangat lah terhad .
2) Saya kaki mendownload cerita so secara tidak langsung internet saya akan menjadi sangat lah lembab *time ni sumpah tension gile beb !
3) Tak lain tak bukan sebab faktor malas lah brother ( penyakit ni kan memang ada kat semua manusia kan kan , alahh tak yah temberang lah . HOO HOO HOO )


CHOPPP ! Ape aku melalut samapi sini hah ? Dushhh tampo pipi kanan . Dusshhh lagi tampo pipi kiri lahh . Fuhh pedih ~ Ok back to our topic "Be greatful for what we have :)" . Haaaa dasyat gitu ayat kan . Acehhh . Saya mendapat idea ini setelah balik dari UiTM baru-baru ni . Seperti yang kalian sedia maklum . Sekarang ni kan musim hujan non-stop right . So kiteorang sebagai student kat sini pon risau punye risau punye risau la takot berbeno tak dapat balik cuti mid-sem . Fuhhh mimpi ngeri kot kalau tak balik . Ohh tidakk Ohh tidak tak nak bayangkan . Sesungguhnya saya sebagai hamba Allah yang sangat lemah ini tidak sanggup menanggung bencana banjir mu itu . Yelah saya kan tuntut kat segamat , and secara tak langsung segamat kan memang kawasan banjir hujung tahun kan .


Selama ini kita hanya melimat di kaca television je mangsa-mangsa banjir ni , tapi kita tak pernah merasainya .
Masa on the way saya nak balik JB sangat sangat lah kesian tengok rumah-rumah yang dah tenggelam . Yang saya nak banggakan sekarang ni , mereka mangsa banjir ini tidak pernah merungut , mereka terima nasib mereka seadanya . Cuba kita bandingkan dengan diri kita yang serbe lengkap . Rumah tak pernah banjir , astro pon ada , air-cond pon ada , tv plus ma pon ada , tapi kenapa kita masih mahu merungut itu ini ? Kata rumah tak cukup besar lah , tv tak cukup besar lah , air-cond kalau boleh nak setiap inci rumah ada , bio sejuk , astro pulak , kalau ada lima bijik tv kat umah tuh , hah mampos lima astro dia nak pasang . Come on lah wake please malaysians ! Be greatful please . Sedangkan mereka ni tiap tahun hadap banjir sikit pon tak merungut kita lak hidup mewah senang lenang goyang kaki nak merungut itu ini . Apa yang ada tu cukup lah .


Lagi satu , saya nampak gaya hidup rakyat malaysia zaman sekarang ni . Suka menukar benda yang mereka masih ada kepada benda yang lebih better , especially handphone ! Perlukah kita menukar handphone kita sedangkan handphone lama itu masih elok . Still boleh call and message , ni tidak , nampah hah samsung S2 dah kuar lah , nak beli lah , samsung Splus tak best , nak lagi canggih ! Amboiii hang bab membazir no1 noh , Juara dari segala juara . Apa salahnya duit yang ada tu kita simpan untuk masa depan ? Kot kot bala datang ke pada masa hadapan , mana kita tahu kan rancangan Allah untuk hamba-hambanya . Bak kata pepatah sediakan payung sebelom hujan .

Ok tidak dinafikan yang saya dulu pon macam tu jugak , nampak orang pakai handphone slide , nak jugak pakai phone cam tuh . Tapi percayalah bila dah masuk U ni saya rasa menyesal sangat , sebab dah membazir masa zaman muda-muda saya dulu + zaman remaja * acehh cakap macam dah tua noh padahal baru 18 je kot err ,  Ok saya menyesal bukan ape pon , sebab saya pikir duit tu sepatut nye boleh dibuat beli buku or duit makan kat U bila time2 "papa kedana " . Hang ingat nak sevive kat U ni senang ke hah ? Pada sesiapa yang bergelar mahasiwa or mahasiswi anda tentu paham makna saya kan . Susahnya hidup nak makan . So ape salahnya kita meabung sikit wahai rakan-rakan ku , tak rugi pon percaya lah .


So conclusion nye , tolongggg lah rakyat malaysia semua , apa yang kita ada hargailah seelok-eloknya sebelom menyesal dikemudian hari . Sesunguhnya Allah berhak untuk menarik kenikmatan yang kita rasa itu . So renung-renungkan lah , selamat beramal :)

Tuesday, October 11, 2011

Behave Yourself Please !

Sedapnya tubuh ini dibelai tilam yang empuk serta selimut yang gebu dan juga bantal yang setia menemani . Huh lena tidur ku ditambah lagi cuaca yang sejuk kerana hujan turun tampa henti . Rahmat namanya tuh sampaikan terlajak tidur . Nasib lah mak tak ada kat rumah . Kalau tidak huh nasib telinga lah kene bebel sampai ke malam --' . Eh eh niat dihati nak sidai baju tapi apakan daya , hujan turun 2 hari berturut turut . Alamak habis lah berkepam baju baju tuh . Atoii so ape lagi alang alang dh tak leh nak sidai baju mood rajin saya pon terbang lah entah ke mana . Kesimpulannya hari ini duduk goyang kaki macam mem besar ! *mentang mentang mak tak ada boleh lah rilek sakan awak ye <-- ini namanya amek kesempatan . Sila jangan contohi . Harap maklum .



Eh saya bukan pemalas tau . Sesungguhnya saya seorang yang sangat rajin . Hari ni je saya amik cuti rehat . Tolong lah percaya , i'm bagging you .

Hari ni nak cerita , tentang orang disekeliling sama ada kenal or tak . Tapi saya agak pelik dengan mereka mereka ini sume . Mereka mengharap kan respon positive daripada orang lain sedangkan mereka sendiri tak pernah bagi respon positive kat orang lain . So , macam mana kamu mahu mendapat respon positive dari orang lain sedang kan you never give a good respon to them . Like this words " what goes around comes around " is very suit to those people like this .

Sebagai contoh , ok dalam perhatian saya , apabila kita mahu membayar bil kenapa mereka mereka di kaunter tu susah sangat mahu senyum ? Kalau ade pon alahaiii ciput nye . Bukan susah sangat pon nak senyum right . Just lebar kan mulut sampai nampak gigi *ok kalau sampai nampak gigi tu dah over beno lah senyum nye . Buat orang takut ada lah . Just smile normally will do you know . Susah ke ? Tak kan . Pastu pandai lak nak merungut cakap pelanggan ini lah itu lah . Pelanggan tak bagi kerjasama lah . Pelangan sombong lah . Pikir awak sorang je penat . Hei hello cek kak or cek bang oii . Kiteorang ni pon penat gak tau . Dah lah penat balik kerja pastu terkejar kejar nak bayar bil then bila sampai penuh nak duduk kene diri . Bila sampai turn je alahai ketat nya muka cik adik manis ni . Tak salah tahu kalau awak senyum . Dengan senyuman tu boleh wat orang disekeliling awak pon happy .  So sebelom kita cakap orang lain itu ini , why not we all behave ourself * nasihat untuk diri sendiri jugak .

Contoh kedua , kita selalu kalau pergi jalan jalan and at that time confirm sesak dengan manusia manusia yang berpusu pusu nak membeli belah . Maklumlah nafsu manusia nak bershopping just like me haha . Ok mase kita jalan jalan tu ofcourse selalu terlanggar bahu orang lain right ? Tapi perasaan tak ada segelintiir manusia yang sanggat bongkak dan sombong dan mereka akan berkata " buta apa nak langgar langgar " atau " mata kau letak mane hah ? " pehh pehh . Berdesing telinga kalau dengarkan . Rasa macam nak bagi buku lima je kan kat si A.R.R.O.G.A.N.T tuh . Punya lah baik kita tayang muke suci senyum bagai nak rak kat die and cakap SORRY , tapi itu yang kita dapat . Wahh beruntuh *lah sangat . Kecik hati tahu bila tetibe kene herdik dengan orang yang entah sapa sape je kita pon tak kenal . So , conclusion kita sama sama kena behave diri masing masing baru lah hidup kat dunia ni aman je . Tak de lah gaduh gaduh or maki hamun .

Tapi ingat ! Kita kene renung diri kita juga mane tahu dulu dulu or masa dulu * sama je maksudnya , kita pernah buat orang mcam tu ke so dunia ni actually berpusing balik je . Kita buat orang kita kene balik . Baru hidup ni fair and lovely gitu . Ingat lah Allah itu maha adil . Seperti mana ayat saya diatas what goes around comes around !


Sekian sahaja berita yang disampaikan oleh saya Sheera Nasir . Berita akan disambung bila empunya belog rajin . Seperti yang tuan puan tahu di sini kawasan Kampung Melayu Majidee JB telah hujan non stop dari pagi sampai petang sampai malam dan saya Sheera Nasir mahu keluar sebentar untuk membayar bil Broadband Celcom *kalau tak bayar nanti tak dapat lah nak online . Makin rindu lah nanti kamu dan kamu kamu kamu kat saya nanti kan *Ok perasan sudah . Bila pikir pasal bayar bil terinagt pulak pasal my MOMMY money will be dissappear just like every month *dah tu dok hadap internet 24 jam mana tak nye duit hilang .


Lagak macam bayar bil pakai duit sendiri je . Hampeh haha .